17 September 2024
Dah lama tak menaip. Kaku rasanya.
Di tahun 2024 ini, usia aku dah 32 tahun. Aku bekerja di salah sebuah sekolah tapi bukan cikgu. Aku mempunyai seorang puteri yang cantik, aku gelarkan Bunga. Tahun ni Bunga dah 7 tahun. Seorang yang sangat berdikari. Ini adalah tahun ketiga aku berpisah dengan ayahnya yang mana kami berpisah pada Jun 2022. Alhamdulillah walaupun sudah berpisah tetapi hubungan kami masih baik memandangkan masih berhubung, begitu juga dengan keluarga mentua.
Perjalanan hidup selepas berpisah agak struggle untuk aku. Tapi aku dapat melaluinya dengan baik. Bermula keluar dari rumah dan akhirnya aku dapat bertukar balik ke kampung halaman. Pada mulanya aku tak dapat nak terima. Tapi lama-kelamaan aku sudah terbiasa dengan kehidupan di sini. Hidup yang sederhana, jauh dari kesesakan, lebih dekat dengan alam yang penting dekat dengan abah dan umi.
Aku ada berkenalan dengan seseorang yang baru. Aku namakan AA. Hubungan kami makin erat. Semoga hubungan kami ini akan ke langkah seterusnya. Tapi aku masih berfikir apakah perancangan seterusnya dalam hidup aku kerana AA bekerja di Selangor. Adakah aku perlu berpindah kembali ke sana? Mana mungkin nak hidup jauh tanpa seorang suami di sisi. Tapi nak dapat balik kampung ini pun bukan benda yang mudah.
Tuhan beri aku petunjuk.
Comments
Post a Comment